Powered by Blogger.
RSS

ETIKA SUKAN

Etika dan Patriotisme dalam Sukan
Setiap  individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika
kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubari
mereka.  Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara.  Oleh
itu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral
mempunyai perasaan cinta akan negara tanah air.  Sikap ini boleh
dipamerkan  melalui semangat kesukanan semasa bertanding. 
Mereka haruslah akur pada peraturan dan undang-undang
pertandingan.  Segala keputusan pertandingan haruslah dihormati dan
dipatuhi.  Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan sendiri
apabila timbul ketidakpuasan hati di kalangan mereka.  Segala
masalah ketidakpuasan hati mereka hendaklah diketengahkan kepada
pihak berkenaan untuk dirunding dan diselesaikan secara profesional.
Pegawai sukan juga tidak terlepas daripada etika kesukanan.  Pegawai
sukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyai
nilai-nilai positif.
Penonton juga boleh mempamerkan semangat patriotisme terhadap
negara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etika
kesukanan.  
Slogan-slogan seperti MALAYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUK
NEGARA telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotisme

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment