PENAUNG
TUAN HJ.ZOLKAPLY BIN YUNUS
PENASIHAT
PN LIM LAY NEO
KETUA PANITIA
EN.ZALI MAT YASSIN
SETIAUSAHA
CIK NURUL WAHIDA MUHAMMAD
ORGANISASI
MATLAMAT SAINS SUKAN
Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut:
- Pertumbuhan organ : Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk keselesaan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan joging.
- Pertumbuhan fizikal : Fizikal adalah pandangan luaran seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai baju jenis "body fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, maraton, dsb. Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang mempengaruhi keputusan pihak atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.
- Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran : Koordinasi otot dan saraf adalah penting dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia bukan satu masalah baginya, melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang tersebut.
- Pertumbuhan emosi dan sosial : sukan adalah satu saluran yang baik untuk meluahkan perasaan marah, tekanan dan stres. Ia juga dapat melatih seseorang supaya menjadi optimis dan .Telah dipercayai sukan boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan antara sesama yang lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang positif semasa bermain "game".
- Pertumbuhan insan dan negara : manusia harusnya sentiasa aktif dan cergas. Dengan adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel, Olimpik
DEFINISI SAINS SUKAN
Sains sukan
TUNJANG
Tunjang utama Pengetahuan Sains Sukan SPM:
- ( Tunjang 1 ) Pengenalan Sains Sukan.
- Konsep
- Sejarah Perkembangan
- Pengurusan Sukan
- Psikologi Sukan
- ( Tunjang 2 ) Anatomi dan Fisiologi
- Pengenalan Anatomi dan Fisiologi
- Sistem Rangka
- Sistem Otot Rangka
- Sistem Saraf
- Sistem Tenaga
- ( Tunjang 3 ) Persediaan Fizikal
- Pengenalan Kecergasan
- Prinsip Latihan Fizikal
- Kaedah Latihan Fizikal
- Pemakanan Sukan
- ( Tunjang 4 ) Lakuan Motor dan Biomekanik
- Asas Kawalan Motor
- Perkembangan Motor
- Pembelajaran Kemahiran Motor
- Asas Biomakanik
ETIKA SUKAN
Etika dan Patriotisme dalam Sukan
Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika
kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubari
mereka. Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara. Oleh
itu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral
mempunyai perasaan cinta akan negara tanah air. Sikap ini boleh
dipamerkan melalui semangat kesukanan semasa bertanding.
Mereka haruslah akur pada peraturan dan undang-undang
pertandingan. Segala keputusan pertandingan haruslah dihormati dan
dipatuhi. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan sendiri
apabila timbul ketidakpuasan hati di kalangan mereka. Segala
masalah ketidakpuasan hati mereka hendaklah diketengahkan kepada
pihak berkenaan untuk dirunding dan diselesaikan secara profesional.
Pegawai sukan juga tidak terlepas daripada etika kesukanan. Pegawai
sukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyai
nilai-nilai positif.
Penonton juga boleh mempamerkan semangat patriotisme terhadap
negara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etika
kesukanan.
Slogan-slogan seperti MALAYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUK
NEGARA telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotisme
OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA
NEGARA (1988)
1. Membentuk
satu masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu.
2. Menyediakan
peluang-peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi, sosial, psikologi
dan fisiologi.
3. Membangun
dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan sosial seseorang
individu.
4. Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen.
Strategi dan Implementasi
1. Perancangan
2. Organisasi terlibat
3. Personel
4. Kewangan
5. Insentif
6. Kemudahan
7. Perancangan
8. Jangkapanjang
9. Sukan-sukan prioriti
Sukan-sukan prioriti
1. Memanah
2. Olahraga
3. Badminton
4. Tenpin bowling
5. Lumba basikal
6. Terjun
7. Golf
8. Gimnastik
9. Renang
10. Sepak takraw
11. Kapal layar
12. Hoki(L&W)
13. Menembak
14. Angkat berat
ORGANISASI
Majlis Sukan Negara
1. Akta 29 Undang-undang Malaysia. 30hb April 1971
2. Sukan Prestasi Tinggi
3. SUKMA, Persediaan untuk penyertaan A’bangsa.
Kementerian Belia dan Sukan
1. Sukan untuk Semua
2. Rekreasi, KESUMA dsb.
Kementerian Pendidikan
1. Sediakan masa mencukupi untuk PJK
2. Melatih guru-guru PJK/ Sukan
3. Galakkan sukan di peringkat Universiti dan Maktab Perguruan.
MAKSAK
1. Galakkan sukan di kalangan kakitangan awam.
OCM
1. Galakkan pergerakan Olimpik
2. Persatuan Sukan Kebangsaan
3. Menyediakan peluang bertanding dan penyertaan di kalangan atlet dan pegawai.
4. Personel
5. Kakitangan yang berkelayakan dan profesional
6. Bertauliah
KEWANGAN
q Menubuhkan Yayasan Sukan Kebangsaan
q Meningkatkan strategi pemasaran sukan
Sumber-sumber
1. Blueprint pembangunan sukan- 20 tahun
2. Kemudahan untuk sukan prestasi tinggi dan massa
i. KOMPLEKS SUKAN – Pusat, Negeri
ii. GELANGGANG – Kompleks Belia dan Sukan
iii. 1001 GELANGGANG - BAM
SEJARAH RINGKAS SUKAN DI MALAYSIA
1892 - Hoki
ANTARABANGSA
kriket, tenis dsb.
diperkenalkan oleh askar Inggeris.
1925 -
Penubuhan Penang Badminton Association.
1900 - Olahraga
ujud di Sarawak sbg Physical Fitness.
1930 -
Badminton (POONA) diperkenalkan
oleh pelajar yang menuntut di luar negara.
1948 -
Federation of Malaya menghantar atlet Angkat Berat ke 7th All-China Olympic
1949 - Menewaskan Denmark 8-1 dlm Piala Thomas
1905 - Ipoh Athletic Association ditubuhkan.
(Organisasi pertama dalam olahraga di Malaya)
1913 – penubuhan Ipoh Athletic Sport tajaan
Kelab Eropah
1914-1919 – Perang Dunia Pertama
1920 – Kejohanan antara negeri di KL anjuran AAA
of British
Malaya
1940-1948 Perang Dunia Kedua
1934 – BAM ditubuhkan
1954 – Sarawak, Sabah, Brunei (Borneo Territories Team) menyertai Malaya Championship (Olahraga)
1960 - Mula diujudkan simpanan rekod dlm olahraga (Seremban)
1961 – Trek All weather dibina di Kuching (pertama di Malaysia?)
1963 – Gen. Choi Hong Hi (Duta Korea di Malaysia) perkenalkan TaeKwon Do. 27/4/74 MTA ditubuhkan.
1958 - menyertai Sukan Komanwel di Cardiff
1959 - Sukan SEAP
1966 - Anugerah Sukan Negara dilaksanakan
Datuk M. Jegathesan penerima pertama
1997 - Anugerah Jurulatih Kebangsaan di laksanakan
1988 - Tuan rumah Sukan Komanwel Kalah Menang Dalam Sukan









